BH: Dua warga Indonesia dipenjara kerana seludup rokok

Ringkasan:

Artikel ini mengenai dua warga Indonesia yang cuba menyeludup sekitar 2,500 karton rokok yang bernilai sekitar $240,000 di Singapura. Dua bot penumpang itu dijatuhi hukuman penjara 33 bulan setiap seorang. Pasukan Pengawal Pantai (PCG) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menjumpai rokok-rokok itu di dalam kabin penumpang bot tersebut. Warga Indonesia Abdul Rahman, 43 tahun, mengaku dijanji upah sebanyak $5 bagi setiap karton rokok yang diseludupnya, manakala Syarizal, 28 tahun, dijanji upah $1 bagi setiap karton. Mereka mengaku salah apabila dihadapkan ke mahkamah Jumaat lalu. Warga-warga Indonesia yang lain diarah menerima rokok elak cukai itu dari sebuah bot laju dekat Pulau Sudong dan memunggahkan rokok-rokok itu di sebuah kawasan di Tuas.

Komentar:

Pada pendapat saya, mereka patut dipenjara kerana perbuatan mereka menyalahi undang-undang Singapura. Jika mereka tidak dipenjara, perkara seperti ini memberi kesempatan kepada ramai orang kerana menjual rokok haram ini selalunya lebih murah dari rokok-rokok sah. Mereka dapat mempelajari dari kesilapan mereka selepas menjalani hukuman itu.

Pengalaman saya di Krabi, Thailand

Pada tahun 2009 bulan December, saya dan keluarga saya ke Krabi, Thailand untuk lima hari dan empat malam.  Kami ke situ dengan menaiki kapal terbang. Saya dan saudara-mara saya sangat gembira dan ghairah! Selepas empat jam di kapal terbang itu, ia pun mendarat. Kami ke Sunda Resort dengan menaiki sebuah van. Oleh kerana saya mempunyai lebih dari dua puluh ahli keluarga, kami dipasah ke tiga buah van!

Di Sunda Resort, kami semua letih dan terus ke bilik tidur masing masing. Saya berkongsi bilik saya dengan nenek dan dua saudara perempuan saya. Kami hanya bermakan malam di resort itu kecuali beberapa ahli keluarga saya yang ke bandar Krabi untuk bermakan malam dan membeli-belah. Pada hari yang kedua, kami pergi untuk melawat pulau-pulau yang berdekatan dengan Krabi menaiki sebuah bot laju. Di pulau-pulau itu, kami bermakan tengah hari, bersnorkel dan berenang di pantai itu. Di pantai itu, pasirnya putih dan airnya biru. Pemandangnannya sangat indah dan cantik belaka.

Saya, saudara-mara dan makcik serta pakcik saya melakukan aktiviti-aktiviti yang sungguh seronok seperti berkayak, menaiki ATV dan go- kart. Kami juga banyak membeli-belah dan makan! Makanan yang saya sangat suka di situ ialah “crispy noodle”. Saya juga tidak lupa untuk membeli cenderamata untuk kawan-kawan saya di Singapura. Kata ibu saya, kami telah melebihi belanjawan.

Saya tidak akan melupakan lawatan saya di Krabi, Thailand. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat ke tempat ini. Jika saya ada peluang untuk ke situ lagi, saya pasti akan pergi! :D

80 saat dalam neraka.

Apabila saya menonton video dan membaca khabar tentang dua murid Sekolah Menengah Siglap, saya terperanjat kerana seorang lelaki yang lembut boleh bertindak dengan ganas kepada seorang perempuan yang dikatakan kawan rapatnya. Pada pendapat saya, Afez Anuar tidak akan melakukan sedemikian melainkan Ila telah membuat sesuatu yang serius, iaitu memberitahu salah satu guru di sekolahnya tentang sebuah masalah. Saya rasa sedih terhadap Ila kerana dia ditampar, diliur dan diketawakan kawan-kawannya. Namun demikian, kami berhak mendengar sisi cerita Afez untuk menegaskan kata-kata Ila kerana ada kemungkinan bahawa Ila boleh berbohong. Dari ini, kami boleh berkata bahawa semuanya terjadi dengan sebab dan semuanya hanya karma.

Sehati Sejiwa

Encik Elizabeth Choy.

(i)Elizabeth Choy Su-Mei adalah seorang pahlawan wanita, pendidik dan penasihat, sesama dengan suaminya. Dia dilahir pada 29 November 1910. Anak sulung yang sebelas itu menyelesaikan pendidikannya di perguruan tinggi Raffles. Oleh kerana keluarganya  tidak boleh membayar kos, Puan Elizabeth bermula mengajar di  Sekolah St Margeret dan selepas itu di Sekolah St Andrew’s.

(ii)Semasa Pendudukan Jepun, Puan Elizabeth Choy dan suaminya bekerja sebagai seorang kantin Pengedali. Dia dan suaminya dipenjara dan diseksa oleh Tentera Jepun Jabatan Pentadbiran kerana membantu untuk memberi makanan, ubat dan mesej-mesej untuk tahanan perang British semasa Pendudukan Jepun. Selepas dua ratus hari, dia dan suaminya dikeluarkan dari penjara. Dia memenangi langgeng ketenaran kerana dia berani bertindak dari perlawanan selama Pendudukan Jepun di Singapura. Selain dari itu, dia memenangi banyak lagi anugerah kerana mempunyai empat puluh tahun perkhidmatan dan menjadi wanita pertama di Singapura dalam Badan Legislatif.

(http://www.a2o.com.sg/a2o/public/html/etc/elizabeth.htm) (http://en.wikipedia.org/wiki/Elizabeth_Choy)

Unit 5 (Tiada Bandingan)

Satu binaan ajaib ialah The Rome Colosseum yang dibina di 70-82 A.D . Keistimewaannya ialah binaan itu diggunakan sebagai sesuatu gelanggang untuk pertempuran antara gladiator . Darah ditumpahkan gladiator itu menjadi sesuatu hiburan untuk pelbagai maharaja .  Manakala untuk seni bina , the  Colusseum dibina di tengah-tengah Rome . Ia memerlukan sekurang sepuluh tahun untuk dibina !

Dalam proses ini , beribu-ribu binatang-binatang eksotik dibunuh bersama dengan galdiator-gladiator . Kegilaan untuk perusuh dan ketagihan untuk hiburan ini akhirnya berakhir di abad ke enam . Ini sahajalah yang akan saya mengongsikan . Terima kasih :D

Kesenian Melayu

Satu kesenian Melayu ialah tarian Melyau . Seseorang atua sekumpulan harus berjoget . Terdapat banyak jenis tarian seperti zapin , joget , ronggeng dan banyak lagi . Pada pendapat saya , kami dapat menarik perhatian para remaja dengan mengadakan sebuah konsert tarian Melayu . Saya pasti ramai perumpuan remaja akan tertarik dengan gerak-geri yang lembut-lemah itu . Sehingga kini , tarian Melayu biasanya diadakan di majlis dan perkahwinan untuk meghiburkan tetamu-tetamu . Jika seseorang memasuki tarian Melayu mereka dapat merangsang kreativiti dan membangunkan kepentingan dalam seni . .  

Benda yang saya akan lakukan waktu cuti sekolah

Saya akan keluar bersama teman-teman saya & sepupu saya . Kami semua bercadang untuk keluar dan bersoronok kerana peperiksaan kami sudah selesai . Tetapi , saya masih akan ada tuisyen .

Saya juga akan ke luar negeri . Saya akan ke Thailand , Kerabi , bersama keluarga saya . Kami akan ke sana untuk satu minggu ! Kami semua tidak sabar untuk ke situ kerana setahu saya , tempat itu bersih , airnya jernih & tempat itu ada banyak alam semula jadi . Kami akan melakukan aktiviti seperti berenang di air terjun & menaiki kapal ke sebuah pulau .

Itu sahaja yang akan lakukan pada cuti sekolah . Tetapi , mungkin ada juga lebih banyak perkara yang akan saya lakukan . Salam sejahtera semua .

Unit 5: Sepak takraw

sepak takrawSalah satu jenis permainan tradisional ialah sepak takraw . Ia dimainkan seperti “volleyball” cuma hanya pemain itu tidak boleh menggunakan tangan mereka . Sepak takraw merupakan sejenis permainan dua pasukan yang dianggotai oleh tiga pemain. Bola takraw ini diperbuat daripada rotan dan sekarang , ada juga yang diperbuat dari plastik .

Kini , ada juga beberapa orang yang masih bermain permainan itu . Di dalam beberapa sekolah , sepak takraw adalah salah satu aktiviti ko-korikulum . Pada pendapat saya , permainan ini sepatutnya diggalak di semua sekolah supaya semua orang berbangsa lain dapat cuba bermain sepak takraw . Ini juga dapat menyambung budaya bermain sepak takraw .

Soalan 3

Soalan 3 -

 Deraian manik-manik putih menitis di pipinya ibu yang gebu itu. Keadaan keluarga kami semakin menjadi dasyhat. Bagaimana lah keluarga kami dapat nasib seperti ini? Kami kini tinggal di rumah flat yang kecil sangat. Ia cuma ada satu bilik tidur. Setiap hari, ayah ke kerja untuk mencari rezeki. Tempat kerjanya sangat jauh dari rumah dan dia hanya mendapat sebanyak lima ratus dollar setiap bulan. Ibu tidak boleh bekerja kerana dia harus menjaga kedua adik-beradik kecil saya dan lagi pun, dia sedang menghadapi penyakit kancer. Kami tidak boleh ke rumah sakit untuk mengubatinya kerana tiada wangnya. Cuma aku yang boleh mereka harap untuk memberi mereka wang. Oleh kerana itu, aku harus belajar dengan sungguhnya dan mendapat ijazah. Tetapi kesusahan wang ini semua sebab kedua adik-beradik aku. Mereka yang memulakan kejadian ini. Membazir wang yang mereka selalu memikirkan. Bagaimanalah hendak kami menjimatkan wang apabila mereka setiap hari membeli sesuatu? Orangtua aku cuba untuk memehentikan kebiasaan ini untuk berteruskan. Mereka juga menyembunyikan wang itu tetapi , adik-beradik saya akhirnya jumpa  duit itu dan membazirkannya. Suatu hari kemudian, ayah saya diberi tahu bahawa jikalau dia tidak membayar pembayaran elektrik, dia terpaksa berpindah. Akhirnya, kami terpaksa berpindah ke rumah yang lebih kecil. Inilah nasib kami. Kini, barulah aku sedar betapa pentingnya menanam sikap berjimat. Hidup kami sekeluarga
pasti tidak sebegini seandainya tabiat menabung menjadi amalan seharian. Kalaulah kedua adik-beradik aku dapat memikir seperti aku.

« Older entries
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.