Archive for May 21, 2010

80 saat dalam neraka.

Apabila saya menonton video dan membaca khabar tentang dua murid Sekolah Menengah Siglap, saya terperanjat kerana seorang lelaki yang lembut boleh bertindak dengan ganas kepada seorang perempuan yang dikatakan kawan rapatnya. Pada pendapat saya, Afez Anuar tidak akan melakukan sedemikian melainkan Ila telah membuat sesuatu yang serius, iaitu memberitahu salah satu guru di sekolahnya tentang sebuah masalah. Saya rasa sedih terhadap Ila kerana dia ditampar, diliur dan diketawakan kawan-kawannya. Namun demikian, kami berhak mendengar sisi cerita Afez untuk menegaskan kata-kata Ila kerana ada kemungkinan bahawa Ila boleh berbohong. Dari ini, kami boleh berkata bahawa semuanya terjadi dengan sebab dan semuanya hanya karma.