Pengalaman saya di Krabi, Thailand

Pada tahun 2009 bulan December, saya dan keluarga saya ke Krabi, Thailand untuk lima hari dan empat malam.  Kami ke situ dengan menaiki kapal terbang. Saya dan saudara-mara saya sangat gembira dan ghairah! Selepas empat jam di kapal terbang itu, ia pun mendarat. Kami ke Sunda Resort dengan menaiki sebuah van. Oleh kerana saya mempunyai lebih dari dua puluh ahli keluarga, kami dipasah ke tiga buah van!

Di Sunda Resort, kami semua letih dan terus ke bilik tidur masing masing. Saya berkongsi bilik saya dengan nenek dan dua saudara perempuan saya. Kami hanya bermakan malam di resort itu kecuali beberapa ahli keluarga saya yang ke bandar Krabi untuk bermakan malam dan membeli-belah. Pada hari yang kedua, kami pergi untuk melawat pulau-pulau yang berdekatan dengan Krabi menaiki sebuah bot laju. Di pulau-pulau itu, kami bermakan tengah hari, bersnorkel dan berenang di pantai itu. Di pantai itu, pasirnya putih dan airnya biru. Pemandangnannya sangat indah dan cantik belaka.

Saya, saudara-mara dan makcik serta pakcik saya melakukan aktiviti-aktiviti yang sungguh seronok seperti berkayak, menaiki ATV dan go- kart. Kami juga banyak membeli-belah dan makan! Makanan yang saya sangat suka di situ ialah “crispy noodle”. Saya juga tidak lupa untuk membeli cenderamata untuk kawan-kawan saya di Singapura. Kata ibu saya, kami telah melebihi belanjawan.

Saya tidak akan melupakan lawatan saya di Krabi, Thailand. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat ke tempat ini. Jika saya ada peluang untuk ke situ lagi, saya pasti akan pergi! :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: